Idea Technology Services

Latar Belakang

Hubungi Kami

English

Cap Dagangan


Cap diguna oleh pengguna untuk kenal pasti barangan atau perkhidmatan dalam pasaran.

Cap dagangan melindungi perkataan atau logo yang diguna sebagai jenama. Apabila sesuatu cap ditanda dengan TM di sebelahnya, itu bermakna cap itu ialah suatu cap dagangan. Apabila sesuatu cap itu ditanda dengan
® di sebelahnya, itu bermakna cap itu ialah suatu cap dagangan berdaftar. Cap dagangan boleh diperoleh dan diperbaharui setiap sepuluh tahun.

Cap dagangan atau jenama boleh dinilai sebagai harta.

Di BOON kami memberi perkhidmatan bernilai kepada pelanggan untuk memilih jenama yang sesuai dengan merujuk peraturan cap dagangan berdaftar dan nama domain berdaftar. Jenis perkataan yang perlu dipertimbang apabila menilai sesuatu jenama:

1. Perkataan umum; nama yang dikait terus dengan barangan. Contohnya Corn flakes untuk corn flakes.
2. Perkataan komposit; nama yang dikait dengan produk melalui penggunaan yang berterusan. Contohnya Coca-cola untuk minuman cola.
3. Perkataan baru; nama yang dicipta. Contohnya Kodak untuk kamera.
4. Perkataan tiada kaitan; nama yang tidak ada kaitan dengan barangan. Contohnya Apple untuk komputer.
5. Perkataan cadangan; nama yang mencadang suatu ciri-ciri barangan. Contohnya Elephant untuk glue. (Elephant ialah binatang yang kuat)
6. Perkataan terangan; nama yang menerangkan barangan. Contohnya Delicious untuk makanan.





Perundingan R&D

Paten

Rekabentuk Perindustrian

Cap Dagangan

Nama dan Jenama

Nama Domain

Hakcipta

Patent Boon Blog

 

 

Hakcipta 2007 Boon IP Enterprise. Penafian